Tuesday, June 3, 2008

Laman Sufi

Terbahagi ugama kepada tiga. Pertama: IMAN, kedua: ISLAM, ketiga: IHSAN kerana ugama itu, adakalanya amalan dalam yakni hati maka dinamakan akan dia iman.

Dan adakalanya amalan anggota luar yakni mulut, mata, telinga kaki, tangan dan lain-lain. Maka dinamakan ia ISLAM.

Dan adakalanya amalan hendak mengelokkan dan membersih dan menyuci akan anggota luar dan dalam, maka dinamakan IHSAN

Makna iman itu, kepercayaan hati yakni akuan hati dengan apa-apa perkara ugama itu, membenarnya akan dia, terimanya akan dia, simpulnya akan dia, jazamnya akan dia, amalnya akan dia

Makna Islam itu, ikutan anggota luar yakni junjung dan mengaku mulut dan mana-mana anggota luar dengan apa-apa perkara ugama itu dan terimanya akan dia dan amalnya akan dia dengan sarih.

Makna Ihsan itu, mengelokkan akan Iman dan Islam itu yakni menyuci akan keduanya dan menghias akan keduanya itu dengan membuang akan perkara-perkara yang ditegah kedua-duanya dan dengan memsempurnakan akan syarat-syarat dan rukun-rukun dan apa-apa disuruh kedua-duanya.

Bicara akan iman itu, ilmu Usuluddin. Keberhasilan itu bicara, beredar antara islam dan kufur dan bid’ah dan fasik yang jadi dari bid’ah itu.

Bicara akan islam itu, ilmu furu’ ad-din (feqah) kehasilan bicaranya beredar antara tujuh (7) perkara: Wajib, sunat, haram, makhruh, harus, sah dan batal. Empat daripadanya itu dapat pahala iaitu kerjakan yang wajib dan sunat; meninggalkan yang haram dan makhruh; dengan syarat ada NIAT pada sekaliannya itu. Dan satu darinya dapat dosa iaitu mengerjakan yang haram dengan syarat ada niat padanya. Dan dua daripadanya itu tidak ada pahala dan dosa iaitu mengerjakan yang harus dan meninggal akannya.

Bicara akan Ihsan itu, ilmu ihsanuddin (tasauf). Keberhasilan bicaranya itu beredar antara takhalli( تخلي ) dan tahalli ( تحلي ).

WUJUD kita ada 2:-

1. Jasad

2. Ruh

Jadi kena tahu alatan-alatan apa nak berhubung dengan Allah swt. Wujud Allah swt tak serupa wujud kita. Jadi macam mana nak berhubung.Oleh itu hubungan itulah melalui ibadah.

Makna takhalliah itu, menyuci akan zahir dan batin daripada tipa-tiap perkara yang menegah akan suluk dan wusul kepada ALLAH swt.

Mencuci akan zahir itu daripada tiap-tiap yang haram dan yang makhruh dan yang harus yang sia-sia dan tiada memberi manafaat diakhirat dan menegah dan melambat akan suluk dan wusul kepda ALLAH swt.

No comments: