Monday, August 17, 2009

KENAPA ALLAH MELARANG KITA......

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para
hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit
sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran
Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak
tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan
kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan
angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1
dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu
bilangan nama Allah. Berikut adalah antara
intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan
menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya
dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah
saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari
kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan
menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah
makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada
mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di
tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini
adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu
merupakan enzim yang dapat menolong proses
penghadaman (digestion), ia merupakan the first
process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah
sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan
kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah
sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari
tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi
(tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber
mineral, garam juga adalah penawar yang paling
mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,
dihospital-hospital, the first line of treatment
for poisoning adalah dengan memberi Sodium
Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan
mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan
makanan itu betul-betul lumat agar perut kita
senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan
penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah
dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari
sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh
tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan
bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita
minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan
meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu
akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung
kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan
mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang
apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3,
iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu
menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat100 kali rang belum berkahwin yang berzina, dan
merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?


Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah
putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit.
Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang,
berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat
mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki
yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10
unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah
kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan
suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum
berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah
disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia
disebat di belakangnya, suatu amaran tentang
kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu
sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika
ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi
melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu
sudah berkahwin, walaupun disebat
100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit
antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya
direjam hingga mati agar dia tidak dapat
merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg
disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan
memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana,
Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan
mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di
posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian
oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab,
didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu,
adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia
empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah
yang bergerak maju bersama, equality and unity,
tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia
diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg
berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.
Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi
melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi
dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat
Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama

No comments: