Monday, August 17, 2009

RAHSIA RAMADAN


قال النبى (ص) : الصوم نصف الصبر

وقال النبى (ص) : والذى نفسى بيده لَخُلُوفُ فَـمِ الصَائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ تعالى

Demi Tuhan yang jiwaku dalam kekuasaaNya adalah Bau mulut org berpuasa lebih Harum di SiSi Allah

مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ يَتْرُكُ طَعَامُهُ وَشَرَابِهِ وَشَهْوَتِهِ مِنْ أَجْلِى الصِّيَامِ لِى

Drpd Bau Kasturi

وَأَنَا أَجْزِى بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا

DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita berasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

1 ) Menguatkan jiwa.

Dalam hidup, kita mendapati ada manusia dikuasai hawa nafsu.
Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, walaupun iasesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya.

Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia kalah, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung kepada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: "Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya." (Surah
al-Jaathiyah, ayat 23)

2 ) Mendidik keinginan ke arah kebaikan.

Puasa mendidik seseorang memiliki keinginan kepada kebaikan, walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara baik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Puasa itu sebagai benteng" (daripada serangan keburukan).

Dalam kaitan ini, puasa menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, walaupun mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.

3 ) Menyihatkan badan.
Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif terhadap kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah SAW , malah dibuktikan doktor atau ahli perubatan.

4 ) Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan Allah kepada manusia, tetapi ramai tidak mensyukurinya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh merenungi kenikmatan diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

5 ) Mengingati dan berasakan penderitaan orang lain.
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.

Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan
berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran
jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir

Puasa dilengkapi dgn zakat

Memerlukan pengorbanan

- meninggalkan makan dan minum

- Masa yang panjang

Haji

- Pengorbanan Harta dan Tenaga

- Masa yang singkat

RAMADHAN

-Ditunggu-tunggu oleh mereka yang berjiwa mulia

Pemergian Ramadan diratapi dan ditangisi

-Menakutkan orangkan orang munafik (Jiwa kotor)

Pemergian Ramadan disambut gembira dan kembali ke kancah

Maksiat.

Bukti Ramadhan memang benar-benar dari Allah

1-Semua org akan akur pada hukum puasa.

2-Kecemerlangan dan kejayaan timbul walaupun dlm bulan puasa.

3-Walaupun dlm kesusahan dan lapar tetapi semua mampu

tersenyum.

4-Zakat mengajar budaya bersedekah-walau fakir tapi tetap

berzakat.

5-Sanggup bersahur demi beribadat pd Allah.

Walaupun seteguk air (Berkat) sudah cukup bekal sepanjang hari.

6-Tadarrus telah menjadi budaya-malu jika tdk membaca Al-Quran

Sedangkan pada bulan yg kenyang tidak pernah menyentuh

Al-Quran.

7-Membuktikan hnya dgn Iman boleh megalahkan nafsu.

8-Tidur dalam bulan lain tidak dikira ibadat kerana berlapar dan

kenyang tidak disertai dengan niat.

Tetapi krn tidur dalam keadaan lapar demi puasa, Allah redha

member pahala.

9-Al-Quran diturun kembali sbgai tanda simbolik.

10-Rasulullah memakai baju baru di malam lailatul Qadar.

11-Mencerdas fikiran

-Imam Syafie terkenal dengan kepintaran dan kekuatan hafazan.

Ketika berusia 15 tahun, beliau sudah bertaraf ulama' besar dan layak

memberi fatwa.

Belaiu sentiasa mengamalkan puasa sunat. Pada suatu hari, beliau

menceritakan bahawa beliau sudah 16 tahun tidak pernah kenyang.

-Puasa merupakan 'keajaiban dari langit'

kerana mempunyai kuasa yang menakjubkan,

bukan sahaja ia mampu menguatkan mental bahkan fizikal, jiwa dan

perasaan. Puasa digunakan oleh ahli-ahli kerohanian Islam yang dikenali

sebagai yg dpt mendekatkan diri sbgai malaikat

-Jika seseorang ingin mendapat keramat atau melakukan perkara-perkara

yang ajaib, maka hendaklah dia berpuasa selama satu tahun dan enam

bulan secara terus-menerus.

-roh org yg berpuasa akan menjadi terlalu kuat sama seperti roh-roh di langit

dan dia boleh membebaskan diri seperti berjalan di atas air, terbang di

udara, tak lut dibakar api dan sebagainya.

-Tahukah anda bahawa pada setiap hari, lebih enam juta penduduk Amerika

Syarikat berpuasa untuk pelbagai tujuan !!

Antaranya ialah untuk mendapat

1-awet muda

2-mengurangkan berat badan

3- mendapat tubuh badan yang menarik

4-MENINGGIKAN KECERDASAN MENTAL,

5- berjimat,

6-kesihatan tubuh badan,

7- selaku 'overhaul tubuh',

8- menurunkan tekanan darah,

9-mengurangkan ketegangan,

10-menurunkan kadar kolestrol,

11- meningkatkan tenaga batin dan ghairah seksual,

12-mengurangkan stress, tidur lebih nyenyak,

13-memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyembuhkan penyakit

14-mengurangi kebergantungan terhadap ubat-ubat bius, pil tidur, narkotik

dan segala jenis dadah.

DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima
rahsia utama puasa yang membolehkan kita berasakan kenikmatan dalam ibadat
ini.

1 ) Menguatkan jiwa.

Dalam hidup, kita mendapati ada manusia dikuasai hawa nafsu.

Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, walaupun ia
sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah memerangi hawa nafsu dengan maksud
berusaha untuk menguasainya.

Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia kalah, malapetaka besar
akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu mengalihkan
pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung kepada
kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya
bermaksud: "Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya." (Surah
al-Jaathiyah, ayat 23)

2 ) Mendidik keinginan ke arah kebaikan.

Puasa mendidik seseorang memiliki keinginan kepada kebaikan, walaupun
menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara baik akan
membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Puasa itu sebagai benteng" (daripada
serangan keburukan).

Dalam kaitan ini, puasa menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh.
Kekuatan rohani unggul ini membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri,
walaupun mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.

3 ) Menyihatkan badan.

Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif
terhadap kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya
dinyatakan oleh Rasulullah SAW , malah dibuktikan doktor atau ahli
perubatan.

4 ) Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan Allah kepada
manusia, tetapi ramai tidak mensyukurinya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh merenungi kenikmatan
diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

5 ) Mengingati dan berasakan penderitaan orang lain.

Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan
yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera
berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara
penderitaan orang lain entah bila berakhir.

Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan
berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Zakat tidak hanya
bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran
jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir

Puasa merupakan ubat ajaib semulajadi yang tertua sekali, yang diketahui dan diamalkan oleh manusia. Hampir semua agama menganjurkan penganutnya supaya berpuasa menurut kaedah masing-masing. Puasa adalah antara rahsia cendiakawan Islam silam yang terulung memperolehi kecemerlangan daya ingatan dan kehebatan daya kecerdasan. Kekenyangan itu menumpulkan fikiran, kelaparan menajamkan fikiran.

Imam Syafie terkenal dengan kepintaran dan kekuatan hafazan. Ketika berusia 15 tahun, beliau sudah bertaraf ulama' besar dan layak memberi fatwa. Belaiu sentiasa mengamalkan puasa sunat. Pada suatu hari, beliau menceritakan bahawa beliau sudah 16 tahun tidak pernah kenyang. Dengan mengamalkan 'rahsia ajaib' inilah, para serdik pandai Islam pada era kegemilangan Islam dahulu menjadi terlalu pintar dan 'genius'. Kebanyakan mereka mula berpuasa sunat sebelum mencecah usia 'baligh' dan diteruskan sehingga ke akhir hayat mereka.

Puasa merupakan 'keajaiban dari langit' kerana mempunyai kuasa yang menakjubkan, bukan sahaja ia mampu menguatkan mental bahkan fizikal, jiwa dan perasaan. Puasa digunakan oleh ahli-ahli kerohanian Islam yang dikenali sebagai sufi dan ahli-ahli kebatinan untuk memperkuatkan jiwa dan kerohanian mereka. Bahkan seorang tokoh kebatinan berkata, "Jika seseorang ingin mendapat keramat atau melakukan perkara-perkara yang ajaib, maka hendaklah dia berpuasa selama satu tahun dan enam bulan secara terus-menerus. Hasilnya rohnya akan menjadi terlalu kuat sama seperti roh-roh di langit dan dia boleh membebaskan diri seperti berjalan di atas air, terbang di udara, tak lut dibakar api dan sebagainya."

Anda tidak digalakkan melakukannya. Saya cuma anda memetik kesimpulannya, " Bahawa di dalam puasa, terdapat keajaiban yang luar biasa yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Ia mampu melahirkan kekuatan fizikal, mental dan kerohanian yang luar biasa."

Tahukah anda bahawa pada setiap hari, lebih enam juta penduduk Amerika Syarikat berpuasa untuk pelbagai tujuan !! Antaranya ialah untuk mendapat awet muda, mengurangkan berat badan, mendapat tubuh badan yang menarik, MENINGGIKAN KECERDASAN MENTAL, berjimat, kesihatan tubuh badan, selaku 'overhaul tubuh', menurunkan tekanan darah, mengurangkan ketegangan, menurunkan kadar kolestrol, meningkatkan tenaga batin dan ghairah seksual, mengurangkan stress, tidur lebih nyenyak, memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyembuhkan penyakit dan mengurangi kebergantungan terhadap ubat-ubat bius, pil tidur, narkotik dan segala jenis dadah.

Jadi, terbuktilah kebenaran hadis nabi s.a.w., "Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat." (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nuaim daripada Abu Hurairah ra.). Tabib-tabib Islam juga mengeaskan bahawa perut (ma'idah) merupakan punca dan sumber segala penyakit. Kalau sihat ma'idah, sihatlah badan keseluruhannya. Puasa adalah cara yang terbaik untuk merehatkan beban kerja ma'idah dan beberapa organ di dalam tubuh badan seperti jantung, buah pinggang, hati dan lain-lain. Kerehatan ini amat perlu untuk memulihkan prestasi organ-organ tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda, "Perut itu rumah segala penyakit manakala puasa adalah raja segala ubat. Oleh itu, jadikanlah ia kebiasaan kamu."

Ahli-ahli perubatan Islam, Timur dan Barat berjaya membuktikan bahawa puasa boleh menyihatkan tubuh badan, mental dan rohani. Terdapat ahli-ahli perubatan Barat menggalakkan setiap orang, sama ada sihat atau sakit supaya berpuasa dua hari pada setiap minggu. Ini sangat bertepatan dengan agama Islam yang menganjurkan supaya umatnya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu. Institut Rawatan Kesihatan di India pula menganjurkan supaya rakyatnya berpuasa sekali seminggu untuk mempertingkatkan kesihatan. Melalui amalan tersebut, ia dapat merangsang pertumbuhan hormon, memberikan daya tahan penyakit, merehatkan sistem penghadaman selama sehari dan membantu MENAJAMKAN FIKIRAN.

Penyelidik-penyelidik perubatan menemui bahawa puasa merupakan satu kaedah yang terbaik dalam merawat penyakit dan sebagai penjagaan dari penyakit. Ia dibuktikan dapat membersihkan tubuh badan dari toksid-toksid atau racun-racun. Ia juga membersihkan sisa-sisa makanan yang tidak berguna di dalam perut dan usus di mana sekiranya dibiarkan maka ia akan menjadi sarang kepada kuman yang membawa pelbagai penyakit serius. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor Amerika, "Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut."

Menurut ilmu biologi, sewaktu perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat melakukan tugasnya dengan baik. Ini disebabkan tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan otak seperti berfikir atau membaca ketika kenyang, kita menjadi mengantuk dan lemah daya fikiran. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Atau dengan kata lain, ketika kita sedang berpuasa, aliran darah kepada organ-organ pencernaan berkurangan kerana ianya kurang diperlukan. Dengan demikian, darah dari organ-organ pencernaan akan mengalir serta tertumpu ke otak. Ini menjadikan otak lebih 'pick-up', bertenaga dan daya fikiran menjadi tajam.

Sebab itulah para ulama', sami, paderi dan pendita dari agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lainnya kebanyakan mengamalkan makan sedikit sahaja. Amalan sedemikian menyebabkan mereka dapat memberikan tumpuan yang baik terhadap pembelajaran dan pengajaran agama mereka.

Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, "Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.". sewaktu bersekolah, ustaz saya selalu berkata, "Tegang urat perut, kendur urat mata." Maksudnya apabila perut dalam kekenyangan, mata pun mula mengantuk dan kita menjadi malas.

Sahabat Nabi s.a.w., Abdullah b. Mas'ud berkata, "Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan."

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempergaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

No comments: