Friday, December 25, 2009

Kesusahan & Kegelisahan Dapat Menghapus Dosa


Banyak diantara kita yang merasa sedih dan murung dengan datangnya ujian dalam hidup, sebahagian daripada kita ada yang meronta-ronta dan berteriak di atas musibah yang menimpa diri atau keluarganya. Namun tahukah anda wahai saudaraku sesungguhnya kasih sayang Allah SWT akan hadir disetiap siri kehidupan kita, suka mahupun duka.

Rasulullah SAW bersabda "Seorang muslim yang tertimpa kecelakaan, kemelaratan, kegelisahan, kesedihan, sakit mahupun dukacita sehingga tertusuk duri sekali pun , npasti Allah SWT akan memberi pahala setiap dosa telah yang menimpa " (Mutafaq alaih)

Dalam hadis yang lain, hadis yang dianggap sahih oleh Tirmidzi dan disepakati oleh Syeikh Nasirudin Al-Albani, Rasulullah bersabda "Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian. Dan sesungguhnya apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. Sesiapa redha maka Allah akan meredhainya dan sesiapa murka maka Allah akan memurkainya."

Juga hadis yang diriwayatkan Ahmad dalam Musnad, dianggap hasan oleh Al-Arnauth, " Orang mukmin lelaki dan perempuan akan sentiasa mendapat cubaan baik menimpa tubuhnya, hartanya mahupun anaknya sehingga dia menghadap Allah tanpa membawa dosa."

No comments: